Wednesday, December 9, 2009

***SeLaMaT HaRi LaHiR SaYaNg.....***

Small Gift With a BIG LoVe........

Selamat hari Lahir Abang.....
Semoga Dirahmati Allah SWT seTinggi-Tingginya , sentiasa bahagia, dimurahkan RezEki Seluas-luasnya...dan Semoga Allah sentiasa memberi Petunjuk di Jalan yang Benar serta diRedhai...

Juga...Semoga Kebahagiaan yg Dikecapi...berkekalan hingga ke Syurga Abadi....Aminn...

Today...i've to CLEAR the Bill.... hihihi...(Jarang2 skali aku buat nih....)

Kesian Cik Arif...Cik Asma tak sempatla nak Masak...aper nak buat...keja....(sebenarnya tak pandai sgt memasak...).

Tuesday, December 1, 2009

Kemeriahan BerKorban....

Alhamdulillah.....walaupun thn ni dah masuk 3 tahun berturut-turut aku menyambut hari raya KORBAN di Kg Suami....TERCINTA.......(sedih gakkk...huhuhu.....) namun kemeriahan raya masih terasa...
Kitorg Balik malam raya...jalan JEM...jgn ckpla...(aper nak buat satu jln ngan org2 Kelantan....3 jam lebih baru sampai....)


Inilah saat yang ditunggu-tunggu...


Haa...tgkla...Diorg guna aper...siap ade Keta Korek lagi...(ape benda ntah namanye...)


Tapi..ada gak saat2 yg SUSPEN...risau gak...ada sekor LemBu terlepas pulak...Berkejar2 la org Kg...Agaknya dia Nerves....hikshikshisk....(ala2 ...Nerves mcm aku nak Viva hr Tuh.....Fuhh...!!!)



Ada jugak yg relaks jer..tgk kwn2 dia kena sembelih..."Kuat IMAN" lembu nih....


Kemeriahan Memang terasa........lebih-lebih lg tahun ni...kami semua anak menantu + cucu..ramai2 ke Masjid membantu menyempurnakan amalan MENYEMBELIH Lembu Korban.......(aku n menantu lain....tukang tgk jer....hihihi..., pastu kitorg tolong belikan air...).
Sedar tak sedar 16 EKOR LEMBU di sembelih...dari kul ~10.00pg hingga kul ~12.00tgh....cepat betul org Kg "Kerjakan Lembu2 Tu...."

Balik rumah ptg tuh....Kitorg ramai2 makan Sup Tulang Rusuk Lembu.......HHhhhhmmmm....sedap.....Alhamdulillah...
itulah...salah satu nikmat berkorban.....

BerSEDEKAH lah.....

Keutamaan Sedekah


Hadith Nabi Saw: "Tidak berkurang harta kerana sedekah, dan tiada seorang yang memaafkan suatu kezaliman melainkan Allah swt menambah kemuliaan, dan tiada seorang yang tawadhuk (merendah) kerana Allah swt, melainkan Allah swt menaikkan darjatnya." (Abu Hurairah r.anhu)


Hadith Nabi Saw: "Dermawan itu merupakan suatu pohon yang akarnya di syurga dan dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke syurga. Kedekut (kikir) itu pohon yang asalnya di dalam neraka sedang dahan-dahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke neraka."(Aishah r.anha)


Sedekah mengandungi 10 kebaikan:

Kebaikan di dunia

1) Membersihkan harta kekayaan

2) Membersihkan badan daripada dosa-dosa

3) Menolak bala dan penyakit

4) Menyenangkan hati orang miskin

5) Menjadikan berkat dalam harta dan meluaskan rezeki


Kebaikan di Akhirat

1) Sedekah itu menjadi naungan baginya

2) Sedekah meringankan hisab amalnya

3) Memberatkan timbangan amal kebaikannya

4) Memudahkan melintasi sirat

5) Bertambah darjat di syurga


Barangsiapa yang menolak lima pekara, maka Allah akan menolak lima pekaradaripadanya iaitu:

1) Barangsiapa menolak zakat, Allah swt akan menolak keselamatan hartanya

2) Barangsiapa tolak sedekah, Allah swt akan mengurangi kesihatannya

3) Barangsiapa menolak zakat tanamannya, Allah swt akan menolak berkat tanahnya

4) Barangsiapa tidak suka berdoa, Allah tidak suka untuk menerimanya

5) Barangsiapa yang meringan-ringankan solatnya, Allah swt akan menolak dari kalimah syahadah ketika matinya


P/S: MARILAH KITA BERAZAM DI TAHUN BARU 2010 UNTUK MEMPERBANYAKKAN AMALAN SEDEKAH.........INSYAALLAH